oleh Jjihad 'Ali pada 14 September 2010 jam 15:40
Kisah bagaimana laknatan terhadap Imam Ali AS dihentikan oleh Umar bin Abdul Aziz diceritakan oleh Ibn Athir dan Ibn Abil Hadid seperti berikut :
" Aku (Umar bin Abdul Aziz) belajar Qur'an dari seorang keturunan Atbah bin Masud. Pada suatu hari beliau berjalan melintasi aku ketika aku sedang bermain dengan kawan-kawanku dan melaknat Saydina Ali. Beliau nampak tidak senang ketika menyaksikan hal ini dan terus ke masjid. Aku mengikuti beliau ke masjid untuk mempelajari al-Qur'an daripadanya.
Guruku tidak memperdulikanku dan memanjangkan solatnya dan nampaknya beliau tidak menyukai perbuatan aku tadi. Aku bertanya kepadanya mengapa beliau tidak menyukai perbuatan aku itu.
Beliau bertanya kepadaku:" Adakah kamu juga melaknat Saydina Ali selama ini?" Aku mengiyakannya.
Beliau berkata:" Dari mana kamu dapat tahu Saydina Ali dibenci Allah SWT ?”
Aku berkata: " Adakah Ali salah seorang ahli Badar?"
Beliau berkata: "Kejayaan Perang Badar adalah untuk Ali."
Aku berkata: "Aku tidak akan menlaknat Saydina Ali pada masa akan datang."
Guruku meminta aku berjanji bahawa aku tidak akan melakukan perbuatan menlaknat Saydina Ali pada masa akan datang dan aku pun memenuhi permintaannya itu."
Umar bin Abdul Aziz selanjutnya berkata:" pada Hari Jum’at ayahku berdiri di atas mimbar di Madinah menyampaikan khutbah dan berucap dengan fasihnya. Walau bagaimanapun ketika dia sampai kepada kata-kata laknatan kepada Saydina Ali dia menjadi tergagap-gagap, rendah suara dan terlihat sukar untuk menyatakan laknatan itu.
Aku memikirkan hal itu. Pada suatu hari aku bertanya kepada ayahku:" Ayah seorang pemidato yang fasih."
Ayahku berkata:" Engkau menyedari perkara itu?" Aku menjawab:" Ya."
Ayahku kemudian berkata: "Jika orang-orang Syria dan yang lain-lain mengetahui kebaikan-kebaikan Ali, mereka tidak akan mentaati kita sebaliknya mereka akan berpihak kepada keturunan Ali."
Aku ingat kata-kata ini dan kata-kata guruku semasa aku kecil dulu dan aku berjanji kepada Allah AZWJ seandainya aku menduduki jabatan khalifah, aku akan menghentikan laknatan terhadap Saydina Ali."
Umar bin Abdul Aziz menunaikan janjinya dan melarang laknatan terhadap Saydina Ali di atas mimbar dan memerintahkan ayat berikut dibaca bagi menggantikan laknatan tersebut: " Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Dia melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (QS. An-Nahl (16) :90).
Beliau mengirim perintah tersebut ke seluruh pelosok kota. Tindakannya ini di ambil sebagai satu tanggungjawab dan seterusnya menjadi amalan dalam masyarakat. Mereka memuji Ibn Abdul Aziz karena tindakan beliau itu.
Umar juga bertanggungjawab mengembalikan Tanah Fadak kepada keturunan Fatimah AS. Beliau menyerahkan Tanah Fadak kepada Imam Muhammad al-Baqir AS.
Tindakannya itu mendapat kritikan sebahagian Quraisy dan orang-orang Syria karena anggapan mereka mereka bahwa Umar bin Abdul Azis telah menyalahkan keputusan Abu Bakar dan Umar al-Khattab.
Umar bin Abdul Aziz berkata: "Tuntutan Fatimah atas Tanah Fadak adalah berdasar dan tanah itu adalah miliknya. Fatimah sebagai penghulu wanita di syurga sudah tentu tidak akan membuat tuntutan palsu yang disandarkan kepada Rasulullah SAWW. Oleh karena itu dengan tindakan ini aku mengharapkan taqarrub kepada Allah dan Nabi-Nya dan aku mengharapkan syafaat dari Fatimah, Imam Hasan dan Imam Husayn. Seandainya aku berada di pihak Abu Bakar, aku akan menerima permintaan Fatimah dan tidak akan menuduh beliau (AS) pembohong."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar